Pages

Wednesday, April 1, 2015

KUANTAN: MENYAMAR PEGAWAI KASTAM SEBELUM SAMUN


Kes jenayah


Dua lelaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum menyamun sebuah pasar mini di Kampung Tengah dekat sini semalam dengan melarikan wang tunai serta rokok bernilai RM5,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 4.25 petang itu, mereka memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai kastam kepada pemilik premis itu untuk memeriksa barangan yang dijualnya kononnya sempena pelaksanaan GST.

"Namun suspek kemudiannya menyamun wang tunai serta pelbagai jenis rokok sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta," katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis sedang memburu tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun menggunakan pistol dan parang di sebuah kedai gambar di Jalan Air Putih di sini pada hari yang sama.

Dalam kejadian pukul 6.10 petang itu suspek yang menaiki sebuah kereta bernombor pendaftaran palsu menyerbu premis itu dan mengacukan senjata kepada pemiliknya.

"Suspek menyelongkar kaunter bayaran dan mengambil wang tunai sebanyak RM3,000," kata Abdul Aziz.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor