Pages

Thursday, April 9, 2015

JURUKAMERA DITAHAN INGIN SERTAI IS


Jihad


Kuala Lumpur - Seorang lagi rakyat Malaysia yang disyaki menuju ke Syria untuk menyertai kumpulan militan IS telah ditahan, kata polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di stesen keretapi Padang Besar, Perlis, Isnin lepas.

Beliau berkata lelaki itu yang berasal dari Kelantan ditahan semasa menuju ke Bangkok, Thailand selepas disyaki akan berlepas ke Syria. 

Suspek itu telah berkahwin, memiliki sebuah butik dan bekerja sebagai jurukamera, katanya dalam satu kenyataan malam ini. 

Ayob berkata, dengan tangkapan terbaharu itu menjadikan 93 rakyat Malaysia ditahan sejak Februari 2013 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti militan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor