
Tel Aviv - Rejim Israel didakwa berasa terancam selepas rundingan nuklear Iran bersama negara P5+1 (China, Perancis, Rusia, Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman) di Switzerland akhirnya mencapai persetujuan bersejarah selepas ia tertangguh selama hampir 12 tahun.
Menurut laporan Press TV, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mendakwa rangka kerja tersebut kononnya akan mengancam Israel dan beliau turut menggunakan retorik agresif ketika menghubungi Presiden AS, Barack Obama.
Bagaimanapun, Obama menolak kenyataan beliau dan menyifatkan persetujuan tersebut yang dicapai selepas lapan hari berunding adalah satu penyelesaian komprehensif.
Di bawah rangka kerja itu, Teheran dilaporkan bersetuju menghentikan program nuklear mereka bagi membolehkan sekatan ke atas ekonomi negara terbabit ditarik balik.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor