
Ramallah - Pihak berkuasa Israel dilaporkan telah menculik Ahli Parlimen Palestin selepas mereka bertindak biadab menggempur kediamannya di Tebing Barat.
Media tempatan melaporkan kira-kira 60 tentera rejim Zionis menyerbu rumah anggota Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin, (PFLP) dan Majlis Perundangan Palestin (PLC), Khalida Kan'an Muhammad Jarrar dan membawa beliau ke sebuah lokasi rahsia.
"Suami beliau turut ditahan di bilik berasingan ketika serbuan itu dibuat," menurut laporan tersebut.
Difahamkan, Khalida adalah pengkritik paling lantang mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.
Menurut Press TV, pada Ogos lalu, beliau dikenakan perintah pengawasan khas daripada tentera Israel yang mengarahkan wanita tersebut supaya meninggalkan bandar Ariha di Tebing Barat.
Bagaimanapun, beliau nekad mengadakan protes di luar Majlis Perundangan Palestin di Ramallah sehingga arahan kontroversi itu ditarik balik pada September lalu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Rami Hamdallah mencapai persetujuan dengan Hamas untuk menubuhkan jawatankuasa bersama bagi membincangkan pelbagai masalah di Genting Gaza.
Keputusan itu dibuat selepas Hamas menuntut pengecualian cukai terhadap bahan api di stesen kuasa wilayah Gaza.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor