Pages

Monday, March 16, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : BILA MAHATHIR MEMBANGKANG LEBIH DARI PEMBANGKANG



Politik .... dari bahasa Greek .. politikos (rujuk disini). Namun 'kita' melihatnya sebagai perebutan dan percaturan kuasa dikalangan kelompok parti dan pemimpin.

Di Malaysia, suara pembangkang lebih mudah didengari dan sering dianggap pejuang rakyat kerana mereka sering dilihat seolah memperbetulkan kesalahan yang kerajaan lakukan. Bahkan mereka mempersalahkan segala apa yang kerajaan lakukan bagi memperlihatkan bahawa kerajaan yang memerintah tidak pernah melakukan perkara betul dan hanya merekalah yang betul.

Lebih mudah lagi bagi mereka adalah kerana mereka tidak memerlukan apa-apa fakta atau bukti sahih untuk membuat sebarang tuduhan. Berbeza dengan pihak kerajaan yang perlu menunjukkan bukti dan fakta bahawa segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali. 

Tok Awang ingin ibaratkannya sebagai antara polis dengan penjahat: Apabila polis hendak menangkap penjahat, harus dimulakan dengan amaran...'Angkat tangan! Jangan bergerak.. kami polis..jika tidak kami tembak!'. Sedangkan pihak penjahat, mereka boleh menembak anggota polis tanpa memberi sebarang amaran sama sekali sesuka hati mereka.

Ketika pihak pembangkang bebas dan sewenang-wenangnya mengkritik kerajaan dan pemimpin khususnya DS Najib, tiba-tiba semua tergamam dan terkejut apabila Tun Dr. Mahathir bersuara lebih lantang dari mereka. Sehinggakan ada suara dan ura-ura dari pihak pembangkang untuk melantik Tun Mahathir sebagai pemimpin pembangkang menggantikan Anwar.

Disinilah bijaksananya Tun Mahathir berpolitik. Apa yang dilakukannya bukan setakat mengangkat suaranya sama bahkan lebih tinggi dari Anwar Ibrahim bahkan secara halusnya telah berjaya melemahkan sama sekali suara pembangkang dan akhirnya akan menenggelamkannya.

Sekeras mana sekalipun 'pukulan' Tun Mahathir kepada DS Najib, ianya adalah 'tamparan' seorang ayah kepada anaknya... sayangnya tetap ada sedangkan 'tamparan' yang diberikan oleh pihak pembangkang adalah pemusnah dan pembunuh. Disitulah perbezaan diantara keduanya.

Justeru, segala kritikan Tun Mahathir terhadapnya tidak pernah dianggap 'pemusnah' oleh DS Najib kerana beliau sedar bahawa setiap kritikan dari Tun Mahathir akan mampu menenggelamkan banyak kritikan dari pihak pembangkang. Demikianlah bijaksananya politik kedua-dua tokoh ini yang tidak ramai dapat 'menyelami'nya.

Tok Awang sangat yakin bahawa PRU14 nanti Melayu akan lebih kuat dan akan berlaku penyatuan yang lebih mantap dikalangan parti-parti politik yang mewakili bangsa Melayu, asal saja tidak ada Melayu dan ahli parti sendiri yang mengkhianati sesama kita. Asal jangan lagi ada Si Kitol dan Raja Mendaliar didalam UMNO.

Tok Awang dah tidak lagi aktif dalam parti, namun masih melihatnya dari dekat.. mungkin ini masa untuk anak-cucu pula meneruskannya... demi perjuangan Alif.. Ba.. Ta!


Tok Awang Selampit.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor