Pages

Saturday, March 28, 2015

TIAN CHUA DITAHAN LAGI, RAFIZI KENA REMAN


Tian Chua ditahan lagi, Rafizi kena reman


Shah Alam - Polis telah menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di Dewan Komuniti Kg Batu Muda, selepas mesyuarat town hall, hari ini.

Tian menghadiri mesyuarat town hall bersama penduduk Parlimen Batu yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perkara itu disahkan Tian Chua menerusi laman Twitternya dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Difahamkan penahanan berkenaan dibuat berkait dengan program tanpa kebenaran #KitaLawan hari ini yang dijadualkan berkumpul di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Sebelum ini, Tian Chua pernah ditahan pada Jumaat lepas berhubung pembabitannya dalam perhimpunan yang sama baru-baru ini.

Ahli Parlimen Batu itu bagaimanapun telah dibebaskan tanpa ikat jamin.

Dalam perkembangan sama juga, Fahmi berkata, mereka dimaklumkan oleh peguam Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan aktivis politik, Hishamudin Rais telah ditahan reman selama tiga hari.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor