aku melukiskan, kehijauan
luas terbentang sebuah padang lalang
sebatang pohon teduh dan rendang
sebatang sungai, sebuah kolam dan
air yang jernih
matahari yang tergelelincir
serta sejalur pelangi,
seekor rama-rama
pada sekuntum bunga,
ketika aku ingin melukiskan dia
aku diburu keresahan
bimbang akan hilang
tatkala mengejar rama-rama yang terbang
bagaimana dapat aku khabarkan
bahawa;
jangan mengejar rama-rama, rama-rama akan terbang
jangan memburu pelangi, pelangi akan pergi
jangan menghambat bayang, bayang akan lari
jangan menghambat bayang, bayang akan menghambatmu kembali,
dan kepada frodo
ingin juga kutinggalkan pesan ~
tatkala kau meniti kehidupan
berkilau bukan tentu permata
dan mutiara
hanya dari lokan yang luka
ahhhhhhhhooooiiiiiiiieeeee!!
sakitnya
kehilangan
Azam Abd Rahman
18 November 2010
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor