Shah Alam – “Pulangkan anak saya. Saya bimbang keselamatannya,” demikian luah Siti Sarah Azalan, 26, yang terus berharap anak lelakinya, Mohd Aris Iqram, 3, yang tidak ditemui sejak Selasa lalu dipulangkan segera.
Menurutnya, anaknya itu diambil bapanya warga Myanmar berusia 38 tahun Selasa lalu dan berjanji akan memulangkannya pada hari berikut, bagaimanapun bayangnya tidak kelihatan dan lelaki itu tidak dapat dihubungi sehingga hari ini.
“Memang dah jadi kebiasaan ayahnya itu akan ambil anak setiap bulan dan pulangkannya, tetapi tidak kali ini. Bulan ini dah tiga kali dia ambil anak tetapi kali ini sudah lima hari kami tunggu tapi bayang dia pun tak kelihatan,“ katanya kepada Sinar Harian.
Siti Sarah berkata, dia dan keluarga telah cuba mencari lelaki berkenaan di banyak kawasan termasuk asrama tempatnya bekerja tetapi gagal dikesan.
“Saya telah cuba hubungi telefon bimbitnya tapi telah dimatikan. Saya cuba tanya kawan-kawan dia dan tempat dia bekerja tetapi mereka juga tidak tahu dia ke mana sejak Selasa dia tidak muncul.
“Saya bimbang keselamatan anak saya. Sesiapa yang ada ternampak minta segera hubungi sana di talian 017-6845426,” katanya.
Siti Sarah percaya, lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu masih berada dalam negara memandangkan pasport dan permit kerjanya masih berada di tangan majikan.
Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut Khamis lalu dan sekali lagi kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor