Pages

Friday, March 13, 2015

PRESIDEN PAS SEDIA DICABAR

ABDUL HADI AWANG


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia dicabar bagi merebut jawatan presiden Pas yang disandangnya pada Muktamar Pas, Jun ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan kebarangkalian jawatan itu dipertandingkan atau sebaliknya perlu mengikut Perlembagaan Pas.

"Boleh cabarlah, boleh...boleh...tapi kena ikut Perlembagaan kita, ikut Perlembagaan kena pilih dua tahun sekali," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau kekal menggalas jawatan tersebut, Hadi berkata ia bergantung kepada keadaan dan hasil mesyuarat Pas di setiap kawasan.

"Saya tengoklah, sejauh mana jawatan itu (dipertandingkan atau kekal).

"Itu tengok dulu, kita belum habis mesyuarat (Pas kawasan) dan tengok mesyuarat agung nanti," katanya lagi.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor