Pages

Thursday, March 19, 2015

PEMBUNUHAN TIADA KAITAN PEMERDAGANGAN MANUSIA


 WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR


Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menolak dakwaan bahawa beberapa kes pembunuhan membabitkan warga Myanmar di negara ini mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan manusia. 

Sebaliknya beliau berkata kebanyakan kes disebabkan oleh perbalahan, membalas dendam, jenayah perniagaan atau rangkaian dadah antara pendatang dari negara itu. 

"Sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan pemerdagangan manusia tetapi ia disebabkan oleh konflik dalam komuniti itu," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam. 

Beliau mengulas peningkatan kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar, termasuk di Pulau Pinang apabila sembilan rakyat Myanmar telah didakwa di Mahkamah Majistret bersabit pembunuhan beberapa orang rakan senegara mereka tahun lepas. 

Sementara itu, Wan Junaidi berkata kementerian akan membentangkan Rang Undang-Undang Anti Keganasan (Pejuang Asing) semasa sidang Dewan Rakyat sekarang dalam usaha untuk menghalang pejuang asing daripada memasuki Malaysia sebagai laluan transit. 

"Kami berharap untuk membentangkan rang undang-undang ini bersama-sama Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) bagi menangani ancaman daripada pengganas," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor