Paris - Pembantu juruterbang pesawat malang milik Germanwings didakwa sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit.
Bagaimanapun, tiada sebarang petanda insiden tersebut sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis yang dipetik dari portal BBC.
Menurut pegawai penyiasatan Brice Robin, pembantu juruterbang Andreas Lubitz, 28, sengaja menjunamkan pesawat tersebut sehingga menyebabkan 150 orang terbunuh.
"Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam kokpit tersebut.
"Dia dengan sengaja enggan untuk membuka pintu kokpit dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut,” katanya dalam sidang media.
[ARTIKEL BERKAITAN: Germanwings: Juruterbang terkunci luar kokpit]
Menurutnya, penumpang pesawat malang tersebut tidak menyedari situasi tersebut sehingga saat akhir.
"Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir. Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta,” katanya lagi.
Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui, namun pegawai penyiasat menolak kaitan dengan aktiviti pengganas.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor