Shah Alam – Empat juruterbang pesawat KT - pesawat 1B Wong Bee yang terhempas sewaktu menjalani latihan untuk Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima'15) dilaporkan selamat dari nahas udara tersebut.
Menerusi sebuah kenyataan hari ini, keempat-empat juruterbang dari dua pesawat tersebut disahkan berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi anjal pesawat.
“Mereka kini diletakkan dibawah pemerhatian di Hospital Langkawi. Sejurus selepas kejadian, kami melancarkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
“Pihak kami berjaya mengesan kedudukan juruterbang di Kedawang, iaitu kira-kira 11.3 kilometer dari Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri,” kenyataan itu dipetik sebagai berkata.
Media hari ini melaporkan dua pesawat dipercayai Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terjunam ketika melakukan latihan earobatik di udara sempena Lima ’15 kira-kira jam 2.00 petang.
Dalam insiden itu, sebuah rumah termasuk kereta yang diparkir dilaporkan mengalami kebakaran akibat ditimpa serpihan pesawat.
Pemilik rumah berkenaan, Zulkifli Abu Mutalib, dilaporkan tiada dirumah ketika kejadian berlaku.
Susulan daripada insiden terbabit, pihak TUDM dan TNI-AU akan membentuk satu pasukan bersama untuk menyiasat punca kemalangan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor