Shah Alam - Naib Presiden PKR, Tian Chua diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi ini untuk dirakamkan percakapannya berhubung perhimpunan #KitaLawan.
PKR dalam satu kenyataan berkata, Tian Chua sepatutnya ditahan polis semalam, namun setelah bantahan dilakukan oleh Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, polis akhirnya tidak berbuat demikian.
“Beliau diminta untuk hadir ke IPD Dang Wangi pada pagi ini, Jumaat 20 Mac jam 11 pagi untuk dirakam percakapan," petik kenyataan tersebut.
Difahamkan malam tadi pihak polis telah ke rumah Ahli Parlimen Batu itu untuk menahan beliau.
Terdahulu, Nurul Izzah dan beberapa lagi pimpinan PKR termasuk aktivis politik ditahan polis berhubung dengan perhimpunan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor