Pages

Tuesday, March 10, 2015

MH370: PAKET KERTAS TISU ADA LOGO MAS DITEMUI


MH370: Paket kertas tisu ada logo MAS ditemui


Australia -  Genap setahun kehilangan MH370 pada Ahad, penemuan bungkusan seperti kertas tisu tertera logo MAS oleh sepasang suami isteri di pantai Barat Australia diharap dapat merungkai misteri pesawat malang itu.

Memetik laporan Mail Online, kertas tisu itu sedang dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia dari pesawat malang berkenaan.

Nine News turut melaporkan penemuan bungkusan kecil itu yang masih belum dibuka di pantai Cervantes, Julai lalu oleh pasangan suami isteri terbabit.

Paket tertulis Malaysia Airlines itu dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan.

Pasangan berkenaan dipetik sebagai berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."

"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.

Sementara itu, The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor