TELUK INTAN: Kerajaan malam ini mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan yang dibina pada 1885 sebagai Warisan Kebangsaan.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2015 yang diadakan di Dataran Menara Condong di sini.
Muhyiddin berkata, sejarah menara itu yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan amat unik kerana ia pernah digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat iaitu sebagai tangki air ketika musim kemarau dan mempunyai kemudahan memadam api.
Katanya, kerajaan juga sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap menara berkenaan iaitu sebagai warisan dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO).
"Jam yang digunakan pada menara ini adalah lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana ia hasil derma penduduk tempatan pada masa itu," katanya.
Muhyiddin berkata, menara itu menjadi tarikan pelancong ke Teluk Intan sebagaimana Menara Pisa di Itali.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor