Besut - Satu mayat lelaki tanpa pakaian dan kedua-dua biji mata ditemui terdampar di Pantai Kampung Beting Lintang, sempadan Besut dan Setiu pagi semalam.
Seorang pemungut telur penyu menemui mayat kira-kira 6.30 pagi dengan kulit muka mayat merekah dan badannya membengkak kerana dipercayai hampir seminggu telah mati dan dibawa ombak ke pantai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata tiada dokumen pengenalan diri pada mayat yang dijangka berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun.
Mayat kini berada di bilik mayat Hospital Besut. Mereka yang kehilangan saudara mara diminta agar menghubungi polis.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor