Pages

Thursday, March 26, 2015

MAHFUZ DIREHAT BERSIDANG


 Mahfuz Omar


Kuala Lumpur - Ahli Parlimen (Pas-Pokok Sena), Datuk Mahfuz Omar direhatkan dari persidangan Dewan Rakyat sehingga Isnin depan selepas beliau mengingkari arahan Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, hari ini.

Tindakan itu diambil selepas Mahfuz yang juga Ketua Whip Parlimen Pas melanggari peraturan mesyuarat 46 dan 47 apabila menghina menteri dengan perkataan bacul dan ingkar arahan Yang di-Pertua meredakan kekecohan yang timbul.

Kekecohan hampir 30 minit itu timbul apabila Mahfuz meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendirian sama ada menyokong atau sebaliknya kepada notis Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai hukum hudud di Kelantan.

Bagaimanapun Jamil Khir enggan menjawab pertanyaan Mahfuz itu kerana beliau menyampaikan ucapan penggulungan titah Yang di-Pertuan Agung.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor