Pages

Friday, March 13, 2015

KUANTAN: BEKAS PEGAWAI MUIP DITUDUH CABUL 3 WANITA


Bekas pegawai Muip dituduh cabul 3 wanita


Seorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, semalam atas tiga pertuduhan mencabul tiga orang wanita.

Tertuduh dari Taman Rendang Permai, Pekan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pertama dibacakan jurubahasa mahkamah hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan pertuduhan kedua dan ketiga di hadapan Nor Aisah Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan yang berasingan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan niat mencabul kehormatan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun, di pejabat Pengurus Tadika Pintar Al-Quran, Jalan Kubang Buaya, antara jam 9 pagi hingga 4 petang, 4 Mac lepas.

Dengan itu, tertuduh boleh disabitkan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-aman dua daripadanya.

Mahkamah mengarahkan tertuduh di hantar ke Hospital Permai, Johor untuk dilakukan pemeriksaan mental dan menetapkan 10 April depan untuk laporan mental.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor