Pages

Wednesday, March 18, 2015

KITCHEE SC LEBUR REKOD TANPA KALAH JDT


Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)


Rekod tanpa kalah pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berakhir selepas mereka kalah 0-2 kepada wakil Hong Kong, Kitchee SC pada perlawanan ketiga kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam tadi.

Dua gol Kitchee SC dijaringkan oleh dua pemain import dari Sepanyol iaitu Juan Belencoso pada minit ke-26 dan Jordi Tarres Paramo pada minit ke-34 pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar itu.

Kekalahan tersebut bagaimanapun tidak menggugat kedudukan JDT selaku pendahulu kumpulan F dengan kutipan enam mata selepas tiga perlawanan.

Untuk rekod, JDT sebelum ini menang 4-1 ke atas wakil India, East Bengal di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 24 Feb lepas sebelum menundukkan kelab Singapura, Balestier Khalsa 1-0 di tempat lawan pada 10 Mac.

JDT bakal melayan kunjungan Kitchee SC pada aksi keempat kumpulan di Larkin, 14 April ini.

Dalam pada itu, Balestier Khalsa meraih kemenangan pertama selepas tiga perlawanan dengan mengalahkan East Bengal 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Satu lagi wakil negara, Pahang akan berdepan pendahulu kumpulan G, South China dari Hong Kong pada perlawanan ketiga kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor