Jempol - Dakwaan segelintir ibu bapa yang mengatakan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting ditutup dalam tempoh seminggu berkaitan kejadian histeria adalah tidak benar.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata, kejadian histeria di sekolah itu Selasa lalu masih dalam keadaan terkawal.
“Sesi pembelajaran adalah seperti biasa, tiada keperluan untuk menutup sekolah akibat kejadian tersebut.
“Kita juga telah memanggil pengamal perubatan Islam untuk membantu merawat pelajar yang terlibat,” katanya ketika mengulas mengenai insiden histeria itu.
Kalsom berkata, pihak sekolah telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak insiden sama berulang.
Sinar Harian difahamkan, Selasa lalu sekolah tersebut diserang histeria dipercayai melibatkan 30 pelajar.
Kejadian dikatakan berlaku lebih kurang jam 8.45 pagi, manakala kebanyakan pelajar terlibat daripada tingkatan lima.
Pengamal perubatan telah dipanggil dan pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas keadaan terkawal.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor