Kajang: “Dia tidak ada musuh walaupun agak agresif dalam politik. Motif kejadian ini (kes tembak) amat membingungkan kami,” kata abang kepada mangsa tembak, Kalai Arasu Muniandy, 44.
Dia berkata, nasib malang menimpa adiknya, Thanabalan Muniandy yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda MIC Hulu Langat itu hanya diketahui selepas dimaklumkan anak saudaranya.
“Kami serahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis untuk mengenal pasti identiti suspek dan motif kejadian.
“Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan serangan itu berpunca sifat iri hati sama ada berkaitan politik atau perniagaan diceburinya,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Langat berkata, kejadian berlaku ketika adiknya dalam perjalanan ke pekan Kajang selepas pulang dari rumah kakak iparnya di Kajang Utama.
“Kami diberitahu dia ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, di sini. Malah salah seorang anak saudara saya turut mendengar bunyi tembakan dilepaskan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor