Pages

Wednesday, March 25, 2015

DAP CUBA KERUHKAN KEADAAN


Aminolhuda Hassan


Johor Bahru - Pas Johor menyifatkan keputusan DAP untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan satu cubaan mencampuri urusan dalaman parti itu yang boleh mengeruhkan keadaan.

Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan yang terkejut dengan tindakan tersebut di mana dalam masa yang sama DAP memutuskan untuk terus kekal dalam PR.

Beliau menyarankan kepimpinan tertinggi ketiga- tiga parti ini untuk mengadakan pertemuan segera untuk mengambil kata sepakat dengan mengutamakan kepentingan rakyat di semua peringkat.

"Hak rakyat Kelantan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pas untuk melaksanakan hukum ALLAH yang terkandung dalam al-Quran perlulah dihormati di mana laluan kepada perlaksanaan tersebut mengikut peraturan Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.

"Biarkan setiap tahap itu dilalui agar tidak melanggar peraturan dan perlembagaan, maka pendekatan Pas di bawah pimpinan Presiden Pas (Abdul Hadi) jangan dianggap negatif dan membelakangkan rakan-rakan PR," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, Pas Johor mengharapkan kerjasama PR untuk terus maju dan efektif untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor