Hainan - Sebuah firma berjaya 'mencetak' kereta menggunakan teknologi cetakan 3D dengan kos hanya USD 1,700 atau RM 6,300.
Menurut Dailymai.uk, model berkenaan yang dipamerkan Selasa lalu, digerakkan oleh tenaga elektrik dan mampu mencapai kelajuan 40 km/j dalam sebuah ujian.
Antara bahan yang digunakan adalah filamen Tyrant Gold, bahan-bahan komposit yang kemudian digabungkan dengan komponen-komponen asas sebuah kereta.
Kereta tersebut yang dinamakan 'Shuya' dicetak dalam masa lima hari adalah hasil dari Sanya Si Hai 3D.
Sebelum ini, syarikat Local Motors 3D dari Amerika mengumumkan kereta cetakan pertama mereka, Strati pada September lepas.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor