Shah Alam - Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pecah amanah.
Dia ditahan reman selama lima hari sejak tiga hari lalu.
Menurut sumber siasatan terhadapnya melibatkan transaksi pembelian hartanah.
[ARTIKEL BERKAITAN: 14 lagi ditahan SPRM]
Sepanjang tiga hari ini juga, SPRM telah melakukan tangkapan bagi membantu siasatan kepada pengaliran keluar minyak petrol dan diesel subsidi di Kedah dan Perak.
Dalam Ops Licin 2 itu, seramai 40 individu antaranya polis, penguat kuasa kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta orang awam ditahan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor