Pengacara terkenal, Awal Ashaari dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus ketika dalam perjalanan ke siaran langsung Melodi di Melaka, hari ini.
Berita itu dimaklumkan wartawan Melodi, Zuan Azmi melalui akaun Instagram miliknya, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
“Saya ingin memaklumkan bahawa pengacara Melodi, Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Plus berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah selatan.
“Awal ditemani Izuan Mokhtar dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi dari Jom Heboh Stadium Ayer Keroh,” tulisnya.
Zuan turut berkongsi gambar keadaan kereta Awal yang remuk teruk.
Menurutnya lagi, Awal telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.
“Awal sudah dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans dan saya masih berada di lokasi kemalangan menunggu pegawai penyiasat dan ‘towing’. Dalam pemerhatian saya, Awal tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sama-sama kita doakan untuk Awal,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor