Pages

Monday, March 16, 2015

ASET BARU TUDM AIRBUS 'A400M' DAN NAHAS UDARA DI 'LIMA'



Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia, Datuk Seri Roslan Saad bersama tetamu kehormat pada Majlis Ketibaan Pesawat Airbus A400M yang pertama milik Tentera Udara DiRaja Malaysia di Pengkalan tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang semalam (15hb Mac 2015).

Sementara itu di Langkawi, 2 pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.

Beberapa saksi melihat juruterbang dan pembantu juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas.

Pasukan penyelamat turut dikejarkan ke dua lokasi pesawat terhempas.

Pihak keselamatan kemudian mengesahkan keempat-empat juruterbang dan pembantu juruterbang berkenaan selamat.

Dalam perkembangan sama, seorang warga emas dikatakan secara tiba-tiba meracau atau bercakap tidak keruan akibat trauma apabila melihat sebuah pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ke atas rumah anaknya di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini.

Nahas itu berlaku hanya 10 meter di depannya.

Berikutan itu, Abu Mutalib Said, 70, terpaksa dimasukkan ke Hospital Langkawi kerana mengalami trauma psikologi.

"Mangsa melihat sebahagian pesawat jatuh ke atas rumah dua anaknya dan meletup sebelum terbakar di depan matanya, mengakibatkan dia mengalami trauma yang serius," kata Pakar Perunding dan Penasihat Perubatan Kecemasan LIMA'15, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.

Beliau berkata, susulan itu mangsa dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan 'critical insiden stress management' (CISM).

"Kami melakukan rawatan CISM termasuk terapi pernafasan bagi mengurangkan tekanan dan mangsa kini sedang tidur dengan tenang tanpa tiada kecederaan fizikal padanya," katanya.

Dua pesawat aerobatik Jupiter Aerobatic Team milik AU-TNI terhempas dalam kejadian 2.04 petang selepas dipercayai bergesel di udara ketika melalukan latihan sebelum menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini.

Sebuah daripadanya terhempas ke atas rumah anak mangsa.

Dr Abu Hassan berkata, anggota keluarga mangsa yang lain turut ditenangkan serta diberi kaunseling.

"Kita akan tahan mangsa buat sementara di wad untuk mengadakan rawatan lanjut. Apa-apa pun kita bersyukur kerana tiada orang di dalam rumah berkenaan ketika kejadian," katanya.


Sumber



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor