Pages

Tuesday, March 31, 2015

ANCAMAN BOM: PESAWAT MENDARAT CEMAS


Ancaman bom: Turkish Airlines mendarat cemas


Casablanca - Pesawat Turkish Airlines terpaksa membuat pendaratan cemas selepas menerima ancaman bom, semalam.

Memetik laporan Mirror.uk, pesawat penerbangan TK15 yang dalam perjalanan dari Istanbul, Turki ke Sao Paulo, Brazil terpaksa mendarat di Casablanca selepas menemui nota tertulis "bomb" pada pintu tandas pesawat terbabit.

Penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 9.30 waktu tempatan.

Menurut laporan media Turki, ancaman sebegini merupakan yang kedua dalam masa kurang satu hari.

Agensi berita Turki, AGN News melaporkan pagi kelmarin, Penerbangan TK52, Turkish Airlines dari Istanbul ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Atatuk beberapa minit selepas berlepas.

"Anak kapal menerima mesej ancaman "C-4 cargo" ada di atas kapal dan kemudian segera memaklumkan kepada pihak berkuasa", katanya.

Walau bagaimanapun, tiada perkembangan mengenai kesahihan ancaman tersebut.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor