Pages

Tuesday, February 3, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : KRISIS DAP, PAS PERLU SELESAI SEBELUM 41 JANWARI - 'KETUM'



Krisis mengenai pilihanraya PBT cadangan DAP yang ditentang Pas masih berlanjutan. Cabaran Pas untuk berdebat secara terbuka pula dipandang sepi oleh DAP. Niat DAP untuk berkuasa sepenuhnya dengan mengadakan pilihanraya sudah dapat 'dihidu' Pas.

Sikap ultra kiasu  DAP ingin menguasai atas nama demokrasi sudah jelas. Ini berbza dengan UMNO, walaupun dikawasan yang majoriti kaum Melayu namun masih bersedia meletakkan calon cina atas nama setiakawan dalam BN.

Kemelut antara DAP dengan Pas sudah tidak disenangi oleh 'Ketum' apabila beliau meminta DAP dan Pas selesaikannya sebelum 10 Feb ini. Apa ada didalam hati dan fikiran Anwar? 10 Feb mengikut kalendar Anwar bersamaan dengan 41 JAnwarI. Manakala 51 JAnwarI adalah 20 Feb.

Apa lagi perancangan jahat 'Ketum' selepas ini? Apakah berkaitan hukuman penjaranyanya kerana meliwat pembantunya dulu? Apakah DAP dan Pas masih takut dan patuh kepada desakan 'Ketum'? Hakikatnya DAP dan Pas juga sudah tidak lagi ingin berketuakan Anwar.

Tok Awang - Tentu Politik Malaysia sunyi sepi tanpa Anwar. Kisah politik Anwar sesuai dibukukan sebagai Hikayat Penglipur Lara.


Tok Awang Selampit.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor