Pages

Friday, February 27, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : ITU MACAM SUARA SAYA, TAPI BUKAN SAYA



Satu rakaman audio yang didakwa suara mirip Mat Sabu yang merancang untuk menjatuhkan Presiden Pas Hj. Hadi Awang tersebar dan menjadi viral di media sosial. Seperti yang dijangka, Mat Sabu menafikan itu adalah suara beliau.

Apabila ditanya oleh pihak media, jawapan yang diberikan adalah beliau hanya akan memberikan penjelasannya kepada Jawatankuasa Khas.

Tidak hairanlah apabila pihak pembangkang tidak pernah berkata benar walaupun sesama sendiri. Malahan skrip yang digunakan sudah tidak asing lagi bagi kita sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dulu ketika video seksnya beredar di media sosial ... ' ... macam saya tapi bukan saya..'.

Rupanya pihak pebangkang ini memang tidak boleh dipercayai sama sekali. Tidak kepada pihak pemerintah bahkan tidak juga sesama mereka sendiri. Sudah terlalu banyak penipuan dilakukan oleh mereka.. bukan hanya kepad rakyat, bahkan sesama sendiri dalam Pakatan dan parti mereka juga. Tentulah tidak menghairankan kerana hanya penipu yang bersahabat dengan penipu.

Yang Tok Awang kesiankan adalah apa akan jadi kepada Hj Hadi nanti? Bukanlah Tok Awang sukakan Hj Hadi, tetapi Tok Awang lebih tidak sukakan Mat Sabu kerana dia memang orang yang susah untuk dipercayai.

Khabarnya di Pulau Pinang beliau dibayar tinggi oleh kerajaan DAP untuk suatu tugas yang tidak seberapa. Mungkin jika beliau berlakon, tugasnya hanyalah sebagai Pak Pacak sahaja. Mungkin juga dia berperanan besar sebagai 'alat' DAP untuk melaksanakan agenda besar DAP untuk menghancurkan Melayu didalam Pas khususnya.

Tok Awang tak tau sangat, namun itu adalah apa yang Tok Awang dengar dan baca di media sosial. Tapi jika tidak ada angin, masakan pohon bergoyang?

Bila Tok Awang teringatkan Mat Sabu, Tok Awang teringatkan juga dengan Normah dan skandalnya bersama Mat Sabu. Teringat juga pada Hotel Perdana Kota Bhahru dan bilik 112 dimana mereka tertangkap. Bagaimanapun, fail kesnya disembunyikan dibawah karpet.

Pemilihan Pas kali ini tentulah hangat dan ramai yang tertungu-tunggu.. apakah Pas mendapat Presiden baharu ... Mat Sabu atau Hj Hadi masih gagah dan kekal sebaliknya Mat Sabu akan disingkirkan?

Kemanakah Mat Sabu selepas itu? Sertai Pasma atau tubuhkan parti baharu? Mungkinkah akan sertai parti sepupunya iaitu DAP?


Tok Awang Selampit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor