Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membelanjakan sebanyak RM4.7 juta bagi membantu 23,000 mangsa banjir yang melanda Pahang baru-baru ini.
Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, bantuan tunai itu bagi meringankan bebanan mereka setelah kehilangan banyak harta termasuk pakaian, rumah dan sebagainya.
"Peruntukan tersebut tidak termasuk bantuan bagi membaiki rumah rosak RM10,000 sebuah dan ganti baharu rumah yang ranap serta dihanyut banjir.
"Peruntukan tahun ini bertambah memandangkan bilangan mangsa banjir meningkat berbanding peruntukan tahun lepas hanya sebanyak RM1.7 juta," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan tunai kepada 560 mangsa banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau di sini, Rabu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor