Pages

Tuesday, February 24, 2015

REMAJA DIDENDA RM1,900


Seremban – Seorang remaja lelaki dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,900 oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas mengaku bersalah menyerang penjawat awam yang sedang melakukan tugas di Taman Pinggiran Senawang pada 21 Disember lalu.

Tertuduh, K Magilnan, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Elena Fong.

Terdahulu, mengikut kertas pertuduhan, pada jam 7.40 pagi di jalan PS 5/1 Taman Pinggiran Senawang, tertuduh didapati menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam, yang sedang menjalankan tugas.

Tertuduh dengan niat, menahan atau menakutkan penjawat awam daripada melakukan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Mohamad Zainudin.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor