Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, kira-kira pukul 2 petang semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu di sini, semalam.
Menurutnya, Mohd Rafizi, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), diambil keterangan berhubung kenyataan beliau yang dimuatnaik dalam akaun Twitter miliknya baru-baru ini yang dipercayai berbaur hasutan terhadap institusi kehakiman negara.
Sementara itu, Mohd Rafizi yang ditemui media di luar Ibu Pejabat Polis itu selepas memberi keterangannya berkata beliau menerima notis untuk dipanggil bagi merakam percakapan beliau pada 18 Feb lepas oleh seorang Inspektor yang mengendalikan kes tersebut.
Katanya, beliau hadir pada hari semalam susulan kelapangan masa selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor