Pages

Saturday, February 28, 2015

PEMIMPIN PEMBANGKANG DITEMBAK MATI




Moscow: Pemimpin pembangkang Russia, Boris Nemtsov ditembak mati di tengah Moscow tengah malam tadi, demikian menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Russia.

"Di tengah Moscow, seorang lelaki dengan dokumen bernama Boris Yefimovich Nemtsov ditemui terbunuh," kata jurucakap berkenaan memberitahu AFP.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut.

Polis Moscow mengesahkan mengenai pembunuhan itu dan sudah membuka kertas siasatan.

"Menurut maklumat awal, seorang lelaki ditembak antara tujuh hingga lapan das dari sebuah kereta ketika mangsa sedang berjalan kaki menyusuri jabatan Bolshoi Moskvoretsky," kata pasukan penyiasat dalam satu kenyataan.

Nemtsov, antara pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik Presiden Vladmir Putin.

Beliau memulakan karier politiknya sebagai Gabenor Wilayah Nizhny Novgorod di tengah Russia dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1990-an ketika pemerintahan Presiden Boris Yeltsin.

Selepas meninggalkan Parlimen pada 2003, beliau membantu kepada pembentukan beberapa parti dan kumpulan pembangkang.

Pembunuhan Nemtov ketika menjelangnya satu tunjuk perasaan besar-besaran pembangkang yang dijadualkan pada 1 Mac.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor