Pages

Wednesday, February 25, 2015

PEMANDU TEKSI DIPENJARA TUMBUK PENGAWAL KLCC


kes mahkamah


Kuala Lumpur - Akibat menumbuk seorang pengawal keselamatan di luar lobi Suria KLCC, seorang pemandu teksi dipenjara sehari dan denda RM700 atau penjara seminggu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam. 

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhi hukuman itu terhadap Azhar Saad, 47, kerana didakwa sengaja mencederakan Hari Prasad Baskota, 28, dengan menumbuk pipi kirinya di luar lobi pusat beli-belah itu di Jalan Ampang, pada pukul 6 petang, 16 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mengikut fakta kes, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa meminta tertuduh mengalih teksi miliknya dari kawasan larangan meletak kenderaan.

Ketika rayuan, Azhar yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara isteri dan lima orang anak yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rihanah Abd Razak memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa tercedera selain kejadian berlaku di lokasi tarikan pelancong.

"Sebagai seorang pemandu teksi, tertuduh sepatutnya menunjukkan perilaku dan contoh yang sewajarnya terutama di kawasan tempat pelancongan seperti itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor