Pages

Monday, February 2, 2015

PELANCONG WANITA DIRAGUT


Georgetown - Beg tangan milik seorang pelancong wanita dari Hungary yang menyimpan barang berharganya diragut oleh seorang penunggang motosikal di persimpangan Lebuh Chulia di sini malam tadi. 

Mangsa yang baru sehari berada di negeri ini kehilangan kamera, iPad, telefon bimbit dan berus gigi elektrik. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam ketika wanita berusia 57 tahun itu sedang melihat ‎peta untuk mencari arah pulang semula ke hotelnya. 

"Lelaki terbabit memegang beg tangan pelancong berkenaan dan memutuskannya menggunakan pisau. Wanita itu cuba mempertahankan begnya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan. 

"Suspek yang memakai topi kaledar penuh terus melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian. Mangsa turut cedera pada ibu jari kanan," katanya.‎ 

Mior Faridalatrash berkata seorang lelaki lain cuba mengejar suspek tetapi gagal. 

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi polis.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor