Pages

Friday, February 13, 2015

NAJIB HENTIKAN UCAPAN TERIMA BERITA NIK AZIZ MENINGGAL

Najib Tun Razak





SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berhenti berucap sebaik menerima berita kematian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi. (Tonton video klik sini)

Beliau yang ketika itu menyampaikan ucapan bersempena dengan Program Kolej Teknologi YPC di Kuala Lumpur kelihatan sebak dan hiba.

Beliau seterusnya dilaporkan meminta hadirin bersama-sama membacakan surah al-Fatihah buat Allahyarham.

Terdahulu, Mursyidul Am Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam ini.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor