Kuala Lumpur: Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan Massa (MRT), 1.40 petang tadi.
Kejadian runtuhan dipercayai berlaku selepas tali pengikat untuk mengangkut besi ke bahagian atas terputus menyebabkan beberapa palang besi konkrit terjatuh.
Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini mengesahkan kejadian berkenaan di kawasan pembinaan Portal Samantan.
Menurutnya, setakat ini hanya dua pekerja yang terbabit dalam insiden berkenaan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor