Pages

Wednesday, February 4, 2015

KUANTAN: SETUJU LARANGAN JUAL ARAK DIPREMIS MILIK ORANG ISLAM


Kuantan - Rakyat di negeri ini menyambut baik sekiranya kerajaan negeri ingin menguatkuasakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka terutamanya di kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam sebagaimana saranan Kerajaan Melaka.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai serbaneka di sekitar Kuantan terdapat minuman itu dijual tetapi ia diasingkan dari minuman berkarbonat lain.

Tempat penyimpanan minuman itu turut dilabelkan dengan perkataan non muslim.

Jurujual di salah sebuah serbaneka yang enggan dikenali bersetuju dengan saranan tersebut kerana dapat menyekat penjualan minuman keras kepada orang Islam.

“Ini salah satu cara untuk mengelak aktiviti penjualan dan meminum keras yang bertentangan dengan lunas Islam,” katanya.

Beliau berkata sebagai pekerja Melayu dia terpaksa akur dan memegang minuman keras setiap kali ada individu membelinya.

“Saya terpaksa dan mematuhi arahan kerana inilah punca rezeki saya,” katanya.

Sementara itu, Ruhaizat Yusof, 55, menyifatkan saranan yang dibuat oleh kerajaan Melaka seharusnya dicontohi dalam usaha murni itu.

“Saya berpendapat sebaiknya penjualan arak ini diasingkan dari kawasan penduduk yang ramai Islam dan Melayu.

“Bila penjualannya amat terhad ia tidak akan menambahkan perasaan orang Islam untuk mencuba,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau percaya dengan pelaksanaan peraturan ini dapat kurangkan gejala negatif itu dalam kalangan orang Islam.

“Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka dari terus terjebak dengan perkara tersebut,” katanya.

Ruhaizat berkata kebanyakan jurujual di kedai serbaneka adalah terdiri daripada remaja Melayu dan beragama Islam, jadi pengharaman ini dapat mengelak mereka dari aktiviti penjualan minuman itu.

“Kita sebolehnya mahu kerajaan kawal penjualan arak terutamanya di tempat yang pekerjanya adalah Melayu. Boleh jika hendak menjual tetapi perlu ada pekerja yang bukan Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor