Pages

Monday, February 9, 2015

KUANTAN : REAKSI CEMAS BONGKAR RAHSIA

Suspek yang berjaya ditahan, semalam. - Sumber foto: FB Polis Pahang


Seorang lelaki yang dikehendaki berhubung kes berkaitan pecah amanah ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Haji Ahmad di sini, semalam.

Dalam sekatan jalan raya itu, lelaki berusia 37 tahun yang menaiki kereta jenis Toyota Camry itu memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan diri di tahan polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika melalui sekatan kira-kira jam 3 pagi, lelaki itu menunjukkan reaksi cemas termasuk memberi alasan banyak urusan.

Menurutnya, selepas mengajukan beberapa soalan dan berpandukan identitinya, mendapati lelaki itu dikehendaki untuk membantu siasatan kes pecah amanah tahun lalu.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, tiada barang terlarang dalam kenderaannya,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut berkaitan kes di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis juga akan melakukan siasatan lanjut ke atas kenderaan suspek yang beralamat di Tanah Putih dekat sini dan keretanya juga disita untuk tindakan.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor