Pages

Thursday, February 12, 2015

KUANTAN : PENGEDAR DADAH DITAHAN POLIS



KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam rondaan cegah jenayah di di Kampung Sri Teruntum dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek berusia 20-an itu ditahan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kuantan pada 4 petang.

"Hasil pemeriksaan ke atasnya, polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beberapa bekas dan bungkusan dalam poket seluar dan beg pinggangnya.

"Turut ditemui alat penimbang digital dan wang tunai RM6,000 dipercayai hasil jualan dadah itu," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang posistif dadah turut memiliki enam rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis berkaitan penyalahgunaan dadah.

Suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor