SEORANG lelaki menghadapi detik cemas apabila kakinya tersepit di antara kereta api dan platform di stesyen kereta api Stirling, Perth, Australia.
Di dalam video yang menjadi viral di YouTube dan Facebook sejak Ogos 2014, lelaki malang itu kelihatan sudah melangkah masuk ke dalam kereta api sebelum sebelah kakinya tiba-tiba terjerumus dan tersepit.
Namun lelaki itu bernasib baik, apabila penumpang lain yang menyedari kejadian itu, beramai-ramai membantunya dengan ‘menolak’ kereta api tersebut.
Lelaki tersebut akhirnya berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Kebanyakan penonton memberi komen memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh para penumpang lain dan percaya kejadian itu membuktikan rasa peri kemanusiaan masih lagi tebal dalam kalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor