PahangKu Media menyiasat apa yang dimuat naik di media sosial tentang kononnya berlaku keretakan kepada jambatan Sungai Pahang di LPT Temerloh pada pagi 1 Jan 2015 lalu.
Crew PahangKu Media menyusuri sepanjang jambatan berkenaan dari kedua-dua arah bagi menghilangkan kebimbangan mengenai keretakan yang berlaku.
Ketika melakukan siasatan itu ada beberapa petugas LPT yang menyemak keretakan dan pergerakan jika ianya berlaku bagi memantau keadaan dan keselamatan. 3 petugas berkenaan enggan ditemuramah bagaimanapun memaklumkan bahawa mereka ditugaskan untuk memantau sekiranya ada perubahan kepada struktur jambatan ini.
Bagaimanapun mereka menyifatkan keretakan pada sambungan itu adalah perkara biasa namun yang pentingnya sturktur sambungan dibawah jambatan masih lagi dalam keadaan asal dan tenguh.
Tidak ada sebarang kebimbangan kepada perubahan struktur dan jambatan berkenaan diyakini dalam keadaan selamat untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor