Pages

Sunday, January 18, 2015

SUSPEK BERLAKON JADI BAIK


Suspek ditahan selepas berlakon mahu membantu mangsa, tetapi gagal. Gambar kanan: Mangsa parah dipukul oleh suspek di kepala hingga berlumuran darah dan trauma.


Putrajaya - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa mencederakan seorang penjawat awam wanita, di sebuah bangunan kerajaan, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, wanita berkenaan cedera di kepala dan muka akibat diserang lelaki tersebut. 

Difahamkan, lampu pejabat mangsa akan ditutup tepat jam 7 malam, namun mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masa di pejabat.

Sumber berkata, ketika lampu masih belum dihidupkan, lelaki itu naik ke pejabat mangsa dan cuba mengambil kesempatan sebelum berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, mangsa dipukul oleh lelaki itu di kepala hingga berdarah. Namun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe dan meminta bantuan kakitangan di situ.

Dikatakan ketika di kafe, lelaki itu cuba berlakon mahu membantu mangsa, namun cubaan tersebut gagal kerana tompokan darah dikesan di baju dan cermin matanya.

Ekoran dari itu, lelaki itu ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner, Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan mangsa dirawat sebagai pesakit luar.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor