PM lawat mangsa banjir di Kelantan
Banjir yang melanda negara baru-baru ini adalah satu bencana dan malapetaka besar. Banyak nyawa terkorban dan harta benda bernilai jutaan ringgit musnah diakibatkannya. Negeri yang paling teruk terkesan akibat banjir berkenaan adalah negeri Kelantan. Berbagai sebab dan alasan diberikan oleh pakar-pakar dan bukan pakar juga.
Sebab utama adalah perubahan cuaca dunia yang mengakibatkan taburan hujan berlebihan disesebahagian tempat. Selain itu ianya dikaitkan juga dengan penerokaan tanah berleluasa dan kelemahan sistem saliran kita, termasuk saliran semulajadi yang diabaikan selama ini.
Tiada sifir yang pasti yang boleh digunapakai untuk membuat rumusan berkenaan bencana banjir kali ini kerana ianya berbeza-beza diantara satu sama lain. Namun di Kelantan, ianya sudah pasti dikaitkan dengan penerokaan hutan dan tanah dalam skala besar yang sebelum ini jadi rungutan rakyat.
Kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam menangani penerokaan hutan secara besar-besaran, berleluasa dan rakus itu dianggap sebagai sebab rakyat terpaksa menerima hukuman dari 'alam'. Klip video dibawah menyatakan bantahan rakyat terhadap penerokaan tanah secara berleluasa kepada kerajaan Kelantan lama sebelum banjir berlaku.
Pembinaan Ladang Rakyat yang masih gagal dilaksanakan membuatkan lapisan hutan kehilangan daya serapan yang mengakibatkan kesemua air hujan yang turun mencurah itu mengalir terus ke sungai-sungai sehinggakan paras sungai mengingkat dan melimpah mengakibatkan banjir lumpur berlaku.
Maka akibatnya adalah seperti yang terakam didalam klip video dibawah ini. Sungguh menyedihkan dan menyayat hati namun inilah hukuman apabila kita enggan 'bersahabat' dengan 'alam,'
Maka akibatnya adalah seperti yang terakam didalam klip video dibawah ini. Sungguh menyedihkan dan menyayat hati namun inilah hukuman apabila kita enggan 'bersahabat' dengan 'alam,'
Di Pahang, bandar Temerloh adalah antara daerah yang paling teruk dilanda banjir kali ini. Ini tidak pernah terjadi dalam beberapa tahun sebelumnya. Kenaikan air dilaporkan mendadak sehingga sebahagian besar mangsa tidak sempat berpindah dengan terancang. Selain itu ramai yang tidak menyangka banjir kali ini akan jadi sedemikian buruk
Video klip dibawah dari rakaman amator mengambarkan bagaimana bandar Temerloh hampir saja jadi sebuah Kota Tenggelam dan seakan-akan lenyap dari pandangan.
Video klip dibawah dari rakaman amator mengambarkan bagaimana bandar Temerloh hampir saja jadi sebuah Kota Tenggelam dan seakan-akan lenyap dari pandangan.
Bagi penduduk dipedalaman Pahang, di Ulu Tembeling dan Ulu Jelai, mereka menganggap bahawa banjir 2014 ini lebih besar dari banjir 1971. Kerana itulah bandar Temerloh dapat ditenggelamkan dalam masa yang tidak lama namun menghairankan jika sifir ini digunakan dengan mengambil kira banjir pada tahun 1971, sudah pasti bandar Pekan akan tenggelam dan hilang dari pandangan, tetapi itu tidak berlaku. Sebaliknya di Pekan mereka menganggap banjir kali ini lebih kecil dari 1971.
Walau apapun, banjir telah berlalu dengan korban dan kehilangan harta benda yang besar nilainya. Dalam era seterusnya, pasca banjir kita akan hadapi hari-hari yang samar-samar dan kelam. Yang kehilangan kediaman dan hartabenda terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk kembali semula kepada keadaan asal. Bahkan dalam masa terdekat sehingga 1 tahun mereka juga akan kehilangan punca pendapatan.
Apa yang kita pelajari dari bencana ini untuk menghadapi bencana-bencana masa depan? Kedudukan negara kita diantara 2 lautan besar sangat mudah dipengaruhi oleh cuaca. Selain dari banjir, jangan menyangka bahawa kita juga bebas dari bencana tsunami dan sebagainya. Apakah persediaan kita dalam menghadapi bencana perubahan secara global akibat kemusnahan alam? Krisis makanan dunia mungkin boleh berlaku akibat dari itu, namun apakah persediaan kita?
~ Editor
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor