Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia dekat sini yang terjejas banjir baru-baru ini serta menyertai program gotong royong membersihkan dewan sekolah itu.
Najib sempat meluangkan masa selama 30 minit menyertai kira-kira 250 sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara, syarikat Sapura dan Najib Razak Club dalam program gotong royong itu.
Pada program itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan sebuah syarikat swasta untuk murid yang terjejas banjir dan bantuan awal persekolahan RM100 setiap murid.
Bernama
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor