Shah Alam - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini, meluangkan sedikit masanya untuk menaiki perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dari stesen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke KL Sentral selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
Katanya, kehadiran beliau di dalam perkhidmatan LRT itu membuatkan orang ramai terkejut, namun dapat menerima kehadiran beliau dalam LRT tersebut.
"Selepas menunaikan solat Jumaat tadi, saya telah menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain.
"Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah... mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita," katanya dipetik dalam laman facebooknya.
Dalam pada itu, Najib berkata, masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Oleh itu, katanya kerajaan akan mengenalpasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan itu demi keselesaan rakyat.
"Saya lihat masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Insya-ALLAH.. kita akan kenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor