Pages

Tuesday, January 13, 2015

MINTA MAAF SECARA TERBUKA


Abdul Rahman Othman

Kuantan - Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman menganggap tulisan di akaun Twitter milik Eric Paulsen yang mendakwa pihak Jakim mempromosikan ekstremisme setiap kali khutbah Jumaat, adalah bertentangan dengan makna khutbah itu sendiri dalam Islam.

Menurutnya, khutbah merupakan satu suruhan kepada ke arah kebaikan dan mencegah melakukan sebarang kemungkaran, dan sekiranya tidak ada syarat tersebut maka khutbah itu adalah tidak sah.

Katanya, dakwaan yang diberikan Paulsen adalah tidak benar sama sekali, mana mungkin khutbah yang dibacakan mengajak umat Islam melakukan perkara tidak baik.

“Jika benar maksud kenyataan yang diberikan beliau ke arah yang demikian, maka ia boleh dianggap satu penghinaan kepada umat dan agama Islam keseluruhannya.

“Sepatutnya beliau tidak boleh menuduh dan berkata demikian, sekiranya beliau sendiri tidak tahu menilai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, katanya, kenyataan tersebut merupakan sesuatu yang mendukacitakan untuk diterima umat Islam dan beliau seharusnya memohon maaf secara terbuka.

“Beliau seharusnya menghormati setiap agama yang ada di dalam negara ini dan tidak boleh terlalu lantang bersuara, tambahan pula agama Islam agama Persekutuan.

“Kita tidak boleh terlalu bebas, sekiranya tidak ada rasa hormat tetapi kita masih ada undang-undang dan Rukun Negara yang perlu dipatuhi agar kesejahteraan negara masih terjaga.

“Jangan cuba mengubah negara ini dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian yang boleh menimbulkan kontroversi,” katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor