Songkhla - Dewan Pentadbiran Wilayah Songkhla mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan semalam yang berjaya mengumpul 144,750 baht hasil jualan tiket bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.
Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali berkata, beberapa syarikat Thailand turut menyumbang barangan makanan dan keperluan harian yang memenuhi muatan 15 buah kenderaan pikap.
Sumbangan diserahkan bekas Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva yang mewakili penduduk Songkhla kepada Mohd Faizal untuk diserahkan kepada mangsa banjir.
Perlawanan bola sepak khas itu berlangsung di Stadium Tinnasulanont, daerah Muang, Wilayah Songkhla atas nama 'Menjalin Persahabatan Membantu Mangsa Banjir Kelantan' dan untuk membalas budi rakyat Malaysia yang pernah memberi bantuan kepada penduduk di Songkhla ketika mengalami banjir besar pada tahun 2010.
Perlawanan adalah antara pasukan VIP Songkhla melawan Team Parti Demokrat yang dipimpin Abhisit selain pertembungan antara pasukan Team Songkhla United melawan Persatuan Bola Sepak Kelantan.
Mohd Faizal berkata acara itu anjuran bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Songkhla FC & Persatuan Bolasepak Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor