Kuantan - Padah mencuri seutas jam tangan berjenama milik pengusaha restoran, seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai penyelia restoran tersebut dihukum penjara empat bulan dari tarikh tangkap di Mahkamah Majistret, dekat sini, semalam.
Amedzo Bright Edem, 29, dari Accra, Ghana dijatuhi hukuman oleh Majistret Noor Aisah Mohammad, selepas mengekalkan pengakuan bersalah mencuri hadiah jam jenama Tag Heuer berwarna hitam bernilai RM3,450.
Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di Restoran La Casa, Jalan Teluk Chempedak kira-kira jam 11 malam pada 24 Disember lalu.
Oleh yang demikian tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan penjara selama tempoh maksimum 10 tahun dan denda.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu telah mengupah seorang Santa Claus datang untuk memberikan hadiah kepada staf dan keluarganya.
Selepas selesai suami pengadu masih tidak menerima hadiah lalu bertanya kepada Santa Claus namun dia tidak tahu, dan pemeriksaan kamera litar tertutup dilakukan mendapati tertuduh telah mengambilnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor