Tengku Mahkota Pahang diiringi Dato' Wan Amizan
melawat mangsa banjir di DUN Tahan
Foto dan Info Lipis: Amir Marwan
Foto dan Info Jerantut: Shafinaz Safin
22 Januari - KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di daerah Kuala Lipis dan Jerantut.
KDYTM tiba dengan helikopter di Padang Awam Cegar Perah dan berangkat melawat Masjid Kg. Cegar Perah, Dewan Orang Ramai Kg. Aur Gading, jambatan runtuh Kg. Aur Gading. KDYTM kemudiannya berangkat melawat daerah Jerantut dari Padang Sekolah Kebangsaan Kecau Tui menaiki helikopter.
Lawatan KDYTM diiringi Ahli Parlimen, ADUN Benta, ADUN Padang Tengku serta Pegawai Daerah Lipis.
KDYTM dalam acara lawatannya ke Jerantut bermula di Felcra Tembeling Tengah dan tiba di Kg. Kuala Tahan pukul 2.30 petang. Tengku Magkota diiringi ADUN Tahan dan berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan pemilik kedai yang ditenggelami banjir. Tengku Mahkota juga berkenan memberikan sumbangan kepada pengusaha chalet yang premisnya rosak dan ditenggelami air.
Dalam ucapannya Tengku Mahkota Pahang mahukan rakyat bangkit dari trauma banjir dengan menguatkan semangat. Anggaplah banjir besar 2014 satu peringatan dari Allah dan pasti ada hikmahnya. Rakyat juga dinasihatkan agar berwaspada dengan wabak penyakit selepas pasca banjir terutama penyakit kencing tikus.
Tengku Mahkota Pahang berkenan menyampaikan sumbangan kepada 77 pengusaha chalet dan peniaga kecil di Kuala Tahan yang terlibat dengan banjir serta 210 keluarga mangsa banjir Kuala Tahan.
Sebelum berangkat pulang, Tengku Mahkota Pahang melawat Jerantut Feri bagi mengurniakan sumbangan kepada 300 mangsa banjir dan melawat ke rumah mangsa yang terlibat banjir serta pelancaran kerja baik pulih rumah yang dirosak banjir di Jerantut Feri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor